Powered By Blogger

Selasa, 30 September 2014

Kata Nama Am




·      Kata nama am ialah kata nama yang merujuk kepada nama am manusia,haiwan,tempat dan benda.

·   Kata nama am ditulis menggunakan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat atau selepas noktah.

·      Contoh:
-ayah
-abang
-ibu
-adik
-kucing
-tikus
-ikan
-meja makan
-akuarium
-televisyen
-ruang tamu
-dapur


                            Kata Nama Khas 

                                                

·   Kata nama khas ialah kata yang merujuk kepada nama khas manusia,haiwan,tempat dan benda.

·   Kata nama khas ditulis menggunakan huruf besar.

·      Contoh:
-Salina
-Encik Azman
-Puan Aminah
-Amri
-Zainal
-Si Putih
-Pak Belang
-Proton Saga
-Adidas
-Menara Berkembar Petronas

 
                      Kata Ganti Nama Diri
                       
                                                       
·   -Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan    nama seseorang
·   -  Kata ganti nama diri pada peringkat Tahun 1
·      hanya tetumpu kepada:

(a)Kata Ganti Nama Diri Pertama:
   -saya
   -aku
   -hamba
   -beta
   -patik
   -kami
   -kita

   (b)Kata Ganti Nama Diri Kedua:
           -awak
           -anda
           -kamu
           -kalian
           -engkau
           -tuanku



                             Kata Kerja

                                                   
                       
·   Kata kerja merujuk kepada perbuatan atau perlakuan terhadap sesuatu.

·    Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu:

(a)Kata Kerja transitif
(b)Kata Kerja tak transitif

·      Contoh kata kerja:

1.Abang dan kakak mencuci kereta.

2.Ibu minum air teh.

3.Ayah membaca surat khabar.

4.Aiman melontar bola kepada adik.

5.Zaini melambai Aiman.


                                                                                                                                                          


                         Kata Adjektif
  
                    
                            
·      Kata adjektif merujuk kepasa sifat sesuatu kata nama atau frasa nama.

·   Kata adjektif yang ditekankan pada peringkat Tahun 1 ialah kata adjektif warna.

 ·      Contoh kata adjektif warna:
-merah
-kuning
-hijau
-biru
-indigo
-merah jambu



                    Kata Hubung


                            

·   Kata hubung digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata,frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.

·   Kata hubung terdiri daripada kata hubung gabungan,kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.


·   Kata hubung pada peringkat Tahun 1 hanya tertumpu kepada kata hubung gabungan.

·       Contoh kata hubung:

1.Anita dan Nani pulang dari sekolah berjalan kaki

2.Ibu,ini basikal Azwan atau kakak?

3.Ayah pulang lewat semalam tetapi hari ini ayah   
   pulang  awal.

4.Abang menunggang basikal sambil memegang sebiji 
   bola.

5.Amir dan Amri kembar tetapi tidak seiras.



                           Kata Tanya
  

 Kata Tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal seseorang bagi mendapatkan sesuatu maklumat.

·   Kata Tanya yang merujuk manusia dan benda ialah siapa apa.Ayat tanya biasanya ditandakan dengan tanda soal (?) pada akhir ayat.

 ·      Contoh kata tanya:

(a)merujuk kepada manusia:

  1.Aileen melukis gambar siapa?
  2.Gambar siapakah yang dilukis oleh Ain?
  3.Gambar siapakah yang dilukis oleh Ali?

(b)merujuk kepada benda:

   1.Zainal melukis gambar apa?
   2.Apakah yang dilukis oleh Hanida?


                               Imbuhan Awalan


                           
·       Imbuhan awal merujuk kepada penambahan ilmu dihadapan suatu kata dasar

·       Imbuhan awal pada peringkat Tahun 1 hanya tertumpu kepada kata dasar yang diletakkan imbuhan tanpa proses penguguran huruf awalan kata dasar.


·   Imbuhan yang ditekankan ialah imbuhan ber,mem dan pen.

·       Contoh imbuhan awal:
1.ber + lari = berlari
   Hazman berlari dengan pantas.

2.ber + sorak = bersorak
   Murid-murid bersorak untuk pasukan masing-masing

3.mem + beli = membeli
   Haziq membeli minuman di gerai

4.mem + bawa = membawa
   Qaleesya membawa piala yang dimenanginya.

5.pen + jual = penjual
   Pak Ali penjual ais krim



                           Imbuhan Akhiran
                      
·       Imbuhan akhiran merujuk kepada penambahan imbuhan di belakang suatu kata dasar.

·       Imbuhan akhiran pada peringkat Tahun 1 hanya tertumpu kepada huruf akhiran pada kata dasar iaitu imbuhan an,kan dan i


·       Contoh imbuhan akhiran:

1.pakai + an = pakaian
   Pakaian itu dijemur di ampaian.

2.minum + an = minuman
   Ibu menuang minuman ke dalam gelas.

3.baik + = baiki
   Abang baiki basikalnya yang rosak.

4.diam + i = diami
  Datuk diami rumah itu sejak kecil lagi.

5.buang + kan = buang
   Tolong buangkan sampah ini.

Khamis, 25 September 2014

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Pantun Teka-Teki

Kulitnya keras berduri pula,
Bila dimakan enak sekali,
Bila masak kuning warnanya,
Raja buah gelaran diberi.

 Jawapan : A. Nangka  B. Kelapa  C. Durian


Isinya putih kulit berbulu,
Merah dan kuning warna berseri,
Hendak dimakan kulit dipulas,
Enak rasanya manis sekali.



Rasanya manis bukan kepalang,
Bila masak warnanya hitam,
Dari luar boleh dibilang,
Berapa banyak isi di dalam.

Jawapan : A. Manggis  B. Anggur  C. Duku


Pokoknya tinggi daun melambai,
Kekadang terbiar tidak berjaga,
Airnya dijual di merata gerai,
Mujarab sebagai penghilang dahaga.

Jawapan : A. Cempedak  B. Pisang  C. Kelapa


Hijau dan kuning warna buahnya,
Bentuk bersegi seperti bintang,
Sedap diminum perahan airnya,
Untuk dijamu tetamu yang datang.

Jawapan : A. Oren  B. Belimbing  C. Mangga


Tumbuh merayap di atas bumi,
Kecil bijinya bulat buahnya,
Manis sekali tidak terperi,
Merah dan kuning warna isinya.

Jawapan : A. Tembikai  B. Laici  C. Pisang


Ditanam orang dimerata ceruk,
Rupa dan bentuk berbagai jenis,
Buah yang muda dibuat jeruk,
Rasanya bercampur masam dan manis,

Jawapan : A. Ciku  B. Betik  C. Mangga


Isinya lembut kuning memerah,
Bijinya banyak hitam warnanya,
Tak kira musim ia berbuah,
Bulat membujur itulah bentuknya.

Jawapan : A. Rambai  B. Betik  C. Pulasan


Buahnya bulat tapi menggerutu,
Banyak dijual oleh penjaja,
Keras-keras bukannya batu,
Enak dikunyah begitu sahaja.



Pokoknya rendah tidaklah tinggi,
Daunnya panjang berduri pula,
Ada mata tiada gigi,
Buah apakah tunasnya dikepala.

Jawapan : A. Limau  B. Ciku  C. Nanas


Isinya kuning mempulur di tengah,
Bulat membujur bentuk buahnya,
Segar dan enak kalau dikunyah,
Tetapi awas terkena getahnya.



Batangnya lembut daunnya lebar,
Sungguh mudah hendak ditebang,
Di merata tempat sudah tersebar,
Digoreng panas enak dihidang.

Jawapan : A. Pisang  B. Kelapa  C. Rambutan


Kulit dan isi seakan nangka,
Sekali cuba tentulah hendak,
Buah apa cuba la teka,
Digoreng panas rasanya enak.

Jawapan : A. Rambutan  B. Sukun  C. Cempedak


Dari jauh tidaklah jelas,
Sudah dekat jadi sebutan,
Hendak dimakan kulit dipulas,
Manis rasanya bukan rambutan.

Jawapan : A. Tembikai  B. Pulasan  C. Ciku