Powered By Blogger

Khamis, 25 September 2014

BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Pantun Teka-Teki

Kulitnya keras berduri pula,
Bila dimakan enak sekali,
Bila masak kuning warnanya,
Raja buah gelaran diberi.

 Jawapan : A. Nangka  B. Kelapa  C. Durian


Isinya putih kulit berbulu,
Merah dan kuning warna berseri,
Hendak dimakan kulit dipulas,
Enak rasanya manis sekali.



Rasanya manis bukan kepalang,
Bila masak warnanya hitam,
Dari luar boleh dibilang,
Berapa banyak isi di dalam.

Jawapan : A. Manggis  B. Anggur  C. Duku


Pokoknya tinggi daun melambai,
Kekadang terbiar tidak berjaga,
Airnya dijual di merata gerai,
Mujarab sebagai penghilang dahaga.

Jawapan : A. Cempedak  B. Pisang  C. Kelapa


Hijau dan kuning warna buahnya,
Bentuk bersegi seperti bintang,
Sedap diminum perahan airnya,
Untuk dijamu tetamu yang datang.

Jawapan : A. Oren  B. Belimbing  C. Mangga


Tumbuh merayap di atas bumi,
Kecil bijinya bulat buahnya,
Manis sekali tidak terperi,
Merah dan kuning warna isinya.

Jawapan : A. Tembikai  B. Laici  C. Pisang


Ditanam orang dimerata ceruk,
Rupa dan bentuk berbagai jenis,
Buah yang muda dibuat jeruk,
Rasanya bercampur masam dan manis,

Jawapan : A. Ciku  B. Betik  C. Mangga


Isinya lembut kuning memerah,
Bijinya banyak hitam warnanya,
Tak kira musim ia berbuah,
Bulat membujur itulah bentuknya.

Jawapan : A. Rambai  B. Betik  C. Pulasan


Buahnya bulat tapi menggerutu,
Banyak dijual oleh penjaja,
Keras-keras bukannya batu,
Enak dikunyah begitu sahaja.



Pokoknya rendah tidaklah tinggi,
Daunnya panjang berduri pula,
Ada mata tiada gigi,
Buah apakah tunasnya dikepala.

Jawapan : A. Limau  B. Ciku  C. Nanas


Isinya kuning mempulur di tengah,
Bulat membujur bentuk buahnya,
Segar dan enak kalau dikunyah,
Tetapi awas terkena getahnya.



Batangnya lembut daunnya lebar,
Sungguh mudah hendak ditebang,
Di merata tempat sudah tersebar,
Digoreng panas enak dihidang.

Jawapan : A. Pisang  B. Kelapa  C. Rambutan


Kulit dan isi seakan nangka,
Sekali cuba tentulah hendak,
Buah apa cuba la teka,
Digoreng panas rasanya enak.

Jawapan : A. Rambutan  B. Sukun  C. Cempedak


Dari jauh tidaklah jelas,
Sudah dekat jadi sebutan,
Hendak dimakan kulit dipulas,
Manis rasanya bukan rambutan.

Jawapan : A. Tembikai  B. Pulasan  C. Ciku

  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan